Jangan jadi Syaitan.

Posted by GuaHulubalang 20110419 5 comments



Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan; seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah@devil of lucifer).

Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat.

Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia.

Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain.

Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat.

Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Kau juga syaitan kah?

5 Responses so far.

  1. Mana entry kau lagi satu? Aku dah baca, even letak picture pun jadi lah~

  2. huh? aku dah delete tadi...test 1 2 3 4....jer

  3. dalam tidak sedar,adakala kita jugak berperangai setan..

  4. Aku tak percaya dalam perkataan tak sedar tu. Orang takkan buat something without his conscious, melainkan dia mabuk aku percaya lah.

  5. erm. kaji dulu berasal dari mana perkataan lucifer tu.